Thursday, 20 June 2013

Dari makmal kehidupan

ungkapan yang berbunyi ~
"Nyatakan sejujurnya, lakukan seikhlasnya", "Ketentuan Ilahi adalah segalanya" adalah merupakan satu kenyataan yang amat jelas tentang nilai kehidupan dan kekuasaan sebenarnya yang dicari di muka bumi ini. Sebagai manusia, hakikatnya ini harus dijadikan dasar dalam kehidupan kita. Kita juga harus sedari bahawa kebanyakan suatu yang berlaku itu bukan kehendak atau perancangan insan semata-mata. Perkara ini merangkumi soal rezeki, jodoh, ajal maut & sebagainya. Dalam kita memahami & menerima konsep sebegini,  akhirnya akan menerbitkan byk nilai2 positif dlm diri kita yg bergelar insan di dunia ini. Pastinya seseorang itu tidak berdukacita atau berputus asa apabila bertembung dengan kegagalan, kehampaan ataupun kekosongan di jiwa. Sebaliknya individu itu harus tidak merasa bangga diri yang menguasai hati tika menghela nafas lega dan bahagia..amanda...22.53mlm